<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d44687025217244124\x26blogName\x3dNah...+bacalah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://nahbacalah.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://nahbacalah.blogspot.com/\x26vt\x3d-6913263739474953990', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Nah... bacalah

Koleksi himpunan cerita cerita lawak, pedoman dan pelbagai lagi. sekadar untuk menceriakan hari dan memanjangkan lagi pandangan dan fikiran.

 

Altantuya: Polis ambil keterangan Raja Petra

Altantuya: Polis ambil keterangan Raja Petra

KUALA LUMPUR 2 Mei - Polis hari ini mengambil keterangan pengendali dan editor laman blog, Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin berhubung penyiaran sebuah artikel berbaur hasutan membabitkan mendiang, Altantuya Shaariibuu.

Polis menyoal siasat Raja Petra, 58, hampir dua jam berhubung komen sensitif yang disiarkan dalam blognya Let's send the Altantuya murderers to hell (Mari hantar pembunuh Altantuya ke neraka) pada 25 April lalu.

Tindakan polis itu difahamkan susulan daripada sepasukan polis pergi ke rumah Raja Petra, di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh dekat sini kira-kira pukul 9 pagi ini.

Pasukan yang diketuai Deputi Supritendan Victor Sanjos dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman itu dikatakan telah mengambil sebuah komputer riba dan satu unit pemprosesan komputer (CPU), milik Raja Petra untuk membantu siasatan.

Raja Petra kemudiannya dipanggil polis untuk memberi keterangan kali kedua di JSJK petang ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Ismail Omar ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan siasatan ke atas penulis blog itu tetapi enggan mengulas lanjut.

Raja Petra memakai baju T berwarna kuning dengan ditemani isterinya, Marina Lee Abdullah tiba di pekarangan JSJK Bukit Aman, kira-kira pukul 4 petang menaiki kereta Honda City.

Beliau keluar dua jam kemudian dan ketika ditemui pemberita beliau menegaskan tidak memberi sebarang kerjasama kepada polis ketika diminta memberi keterangan.

"Kalau dia orang (polis) nak caj saya di bawah Seksyen 112 kerana tidak memberi kerjasama pun, saya tak kisah.

"Saya bagi tahu polis yang ambil keterangan saya itu, sama ada kamu (polis) menahan saya atau biarkan saya keluar dari tempat ini.

"Saya tahu ini semua permainan politik," katanya.

Ini merupakan kes keempat Raja Petra disiasat mengikut Akta Hasutan.

Keterangan Raja Petra itu direkod oleh Asisten Supritendan (ASP) Tan Kok Yang dan ASP Rajagopal.

sumber: utusan

Labels: ,

 

for this post

Leave a Reply