<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d44687025217244124\x26blogName\x3dNah...+bacalah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://nahbacalah.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://nahbacalah.blogspot.com/\x26vt\x3d-6913263739474953990', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Nah... bacalah

Koleksi himpunan cerita cerita lawak, pedoman dan pelbagai lagi. sekadar untuk menceriakan hari dan memanjangkan lagi pandangan dan fikiran.

 

Petua & Rahsia: Rahsia Di sebalik Warna Bunga Ros

Hati sering tertanya-tanya apakah maksud warna bunga ros yang pernah diterima.Apakah ia melambangkan rasa kasih,cinta,simpati ataupun sekadar teman biasa? Sebenarnya bunga ros mempunyai pelbagai warna yg mengandungi maksud tersirat.Takut nanti tersalah andaian diri sendiri yg malu...Di sini adalah andaian banyak pihak tentang maksud tersirat di sebalik warna bunga ros.

Bunga Ros Merah: Si dia mencintaimu setulus hati dan ingin bersama selamanya.

Bunga Ros Kuning: Si dia mahu kamu menjadi sahabatnya atau ia menandakan perasaan cemburu terhadap kamu

Bunga Ros Putih: Rasa cinta yang ada dalam dirinya adalah cinta sejati dan sesuci ros putih itu.

Bunga Ros Merah Jambu: Kamu adalah cinta pertama si dia dan ini menjadi rahsianya sejak sekian lama. Maknanya kamu adalah insan yang menjadi idamannya selama ini.

Labels:

 
 

Petua & Rahsia: Rahsia Pergerakan Tubuh

jika anda tidak dapat bergerak..
terima hakikat bahawasanya anda lumpuh...
ini adalah siri yang mengarut..
mari percaya kepada gerakan tubuh...

awas.. pastikan anda tidak mengambil menda kurafat ini
sebagai panduan hidup
untuk suka-suka sahaja... sekurang-kurangnya bleh layan
borak ngan orang tua-tua

Kelopak mata kanan bergerak
beroleh keamanan.

Kelopak mata kiri bergerak
melihat perempuan

Kelopak mata kiri bergerak dari atas
ada org akan berjalan jauh.

Kelopak mata kiri dibawah bergerak
hendak menangis

Ekor mata kanan bergerak
menerima kedatangan orang jauh.

Ekor mata kiri bergerak-gerak
mendapat sedikit kepayahan.

Biji mata kanan bergerak-gerak
akan menangis dalam bercinta

Biji mata kiri bergerak-gerak
gembira dihati

Umbun bergerak
berbahagia pada hari tersebut

Kening kiri bergerak-gerak
beroleh kelapangan

Bibir bawah bergerak
akan menangis.

Waktu subuh kepala kita bergerak
beroleh kerja yang baik.

Siku kanan bergerak-gerak
beroleh kebahagiaan.

Siku kiri bergerak-gerak
org yg mengasihi kita akan datang

Pelipis telinga bergerak
alami kebahagiaan.

Telinga bergerak
akan berkelahi.

Kepala bergerak
ada orang menyakiti hati kita.

Kepala bergerak ke kiri
beroleh kebesaran.

Bahu kanan bergerak-gerak
harta hendak datang.

Bahu kiri bergerah-gerak
bakal berjumpa pembesar/ketua.

Lengan kanan bergerak-gerak
akan sakit kepala.

Lengan kiri bergerak-gerak
beroleh harta.

Pipi kanan bergerak-gerak
alamat sakit mata.

Pipi kiri bergerak-gerak
sentiasa bahagia.

Labels:

 
 

Things Girl Want Guys To Know

1. Don't ever lie to us, we always find out.
2. We don't enjoy talking dirty to you as much as you enjoy listening.
3. Don't say you understand when you don't.
4. Girls are petty, get over it.
5. You don't have PMS(pre-mature sindrome); don't act like you know what it's like.
6. Saying something sweet might get you off the hook; doing something sweet will always get you off the hook.
7. Size does matter.
8. We don't like it when you act like Mr Big; we like it when you are Mr. Big.
9. A system in your car only impresses your homeboys.
10. No matter what you say, your ex girlfriend is a hoe.
11. It's good to be sensitive, sometimes.
12. If you did something wrong or even if you didn't, apologize.
13. Be spontaneous, dinner and a movie won't always cut it.
14. We are self-conscious by nature, we can't help it.
15. We are drama queens.
16. Fashion police do exist.
17. We absolutely do not care about monster trucks, car systems, paintball or anything else you and your friends talk about.
18. Hugs and kisses must be given at all times.
19. We don't shave our legs every day, get over it.
20. No matter what you say your ex-girlfriend is a hoe!!
21. Don't make bets about us, we always find out.
22. Shave- no matter how cool you think it looks, we hate it.
23. Even is you think it is cool to burp, fart, or emit other strange gases from your body, it is not.
24. Don't compare our breasts with Pamela Anderson's, hers are fake.
25. We are beautiful, but make-up helps.
26. We will always think we are fat so humour us and tell us we aren't.
27. You can shoot hoops, score a goal, knock down big fat guys, and hit a little baseball with a stick so why the hell can't you piss in the toilet and not on it.
28. Most importantly- we are always right- so don't forget it.

Labels:

 
 

Meaning of Blood Types

kamu perlu hati-hati
ini adalah mesej suntikan penyejuk/penyenang hati
para empunya jenis darah...
dan membuatkan mereka lebih ego..

Type O
Strongly purpose-oriented
Straight desire
Conscious of power relationship
Know how to take chances
Dislike to be subordinate
Expressive

Type A
Considerate about everything
Prefer peaceful human relations
Slow to trust people
Observe social rules and customs
Regard social order as important
Restrain action and expression

Type B
Dislike restrictions and one's own way
Non-stereotyped action
Non-stereotyped thinking
Self-conscious and not warped expressions
Makes less distinction of things
Not conscious of circumstances
Don't care social rules and customs

Type AB
Rational thinking
Good critic and analyst
To participate and contribute to the society
Good at adjusting human relations
Hope to be in harmony with the society
Feels distant from the society

Labels:

 
 

Rahsia Perempuan yang Lelaki Perlu Tahu!

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang
bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu
bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu
menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa
untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu
menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci
tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai
wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di
tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang
lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya
walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki
lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung
tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti
coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak
tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan
kamu separuh mati, tolak cintanya dengan
lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat
dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah
buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri
darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk
seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap
dia
sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka
rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara
termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka
ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood
wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam
diam memberikan respon positif,misalnya
menghubunginya melalui telefon,si gadis akan
bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak
berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia
akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh
minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita
tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi
wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah
mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia
mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan
setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab
dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia
menghubungimu atau menunggu panggilan
darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang
dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering
tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini
lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling
romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah
rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pe
rtama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang
berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah
dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di
fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang
akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup
menceriakan
harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang
dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik
dengan mereka semata-mata nak tackle kawan
merekayang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur
dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang
cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang
disayanginya mengadakan surprise
buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan
romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan
bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni
dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil
berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau
nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. bawak wanita itu ke mana-mana yang ada sale discount 70%, 80% lagi terharu... erk.. aku rasa.. kamu akan keletihan.. sehingga hampir tertidur tetapi ini caranya yang paling sesuai untuk menggembirakan hati wanita.. awas bagi pengguna kredit card... atau si pemurah yang tulus ikhlas...cuba try.. dan lihat kesan khasnya...

Labels:

 
 

Akui Diri

Seorang profesor melangkah penuh bergaya menuju ke bilik kuliahnya. Dia hendak menguji pelajarnya mengenai kelemahan diri.

Dia bertanya, "Siapa yang merasakan dirinya bodoh, sila berdiri". Semua pelajar diam. Ada yang senyum.

Tidak lama kemudian, seorang pelajar bangun.

Profesor berkata: "Oooh....Jadi awak mengakulah diri awak ini bodoh?"

Pelajar: Bukan....sebenarnya saya tidak sanggup lihat profesor seorang saja yang berdiri!

Labels:

 
 

Bayi Jepun

Herman : "Saya dengar anda suami-isteri sedang mengikuti kursus bahasa jepon.. kenapa?"

Jamri : "Kami baru sahaja mengambil seorang bayi Jepun yang berusia sebulan itu dari rumah anak yatim sebagai anak angkat kami... Jadi kami bimbang bila sudah besar nanti dia akan bercakap dalam bahasa Jepun dengan kami"

Labels:

 
 

Menjerit Bersama

Lima orang budak sedang bermain ditepi sungai.. tiba-tiba salah seorang dari mereka terjatuh kedalamsungai sedangkan mereka semua tidak pandai berenang.. Lalu salah seorang dari budak-budak itu menjerit..

"Tolong, Tolonggg...."

Disebabkan jeritan itu sangat perlahan dan tidak didengari oleh orang lain.. lalu salah seorang budak lain berkata..

"Mungkin lebih baik kalau kita semua menjerit Bersama"

"Ya.. Idea yang sangat bagus" jawab rakannya yang lain.. dan mereka semua mula menjerit

"Bersama ! Bersama!"

Labels:

 
 

Baju bercorak sama

Ramli baru pulang dr pejabatnya ketika isterinya Shima meminta maaf kepadanya..

Shima : "Abang.. maaf ya, saya baru saja selesai sterika baju abang tetapi kerana terlalu panas.. lengannya hangus..".

Ramli : "tak apalah... Kau masih ingatkan dalam almari.. abang masih ada baju yang sama coraknya. Aku belum pernah memakainya kerana itu pemberian dari teman baikku dari Australia dan aku sangat menyukainya".

Shima : "Saya ingat Bang.. nasib baik abang masih menyimpannya dan baju itulah yang saya gunting untuk menampal lengan baju yang hangus itu".

Labels:

 
 

Sarapan pagi istimewa

Seorang lelaki melihat sebuah papan iklan di sebuah restoran yang bertulis

"SARAPAN PAGI ISTIMEWA".. lelaki tersebut tertarik dan memasuki restoran tersebut.

Pelayan membawakan minuman dan bertanya kepada lelaki tersebut, apa yang akan dipesan. Lelaki tersebut bertanya dengan penuh rasa ingin tahu kepada pelayan tersebut "Apa SARAPAN PAGI ISTIMEWA hari ini?"

"Lidah ayam bakar" jawab pelayan tersebut dengan bangga!

"Lidah ayam bakar?? Apakah kamu tahu yang lidah ayam adalah sangat menjijikkan.. Saya tidak akan makan apapun yang keluar dari mulut seekor ayam !!!" kata lelaki tersebut.

Kemudian pelayan tersebut bertanya "Kalau begitu encik mahu sarapan apa?"

"Bawakan saya telur ayam!" jawab lelaki tersebut.

Labels:

 
 

Cerita Vateran Perang

Dua orang veteran perang sedang menceritakan kepahlawanan mereka dalam perang dengan menunjukkan luka-luka yang ada di tubuh mereka.

Veteran 1 : "Lihat lengan kiriku ada bekas luka ditembak sewaktu berhadapan dengan Jepun, kaki kananku hampir putus kerana terpijak perangkap berduri yang dipasang tentara Belanda.. paha kiriku pernah tertanam peluru ketika melawan Portugis, perutku pun pernah tertusuk pisau waktu tertangkap tentara Belanda. kamu pulak.. apa yang pernah kamu hadapi di masa peperangan?"

Veteran 2: "Waktu itu pernah ada bom yang meledak dua meter di hadapanku."

Veteran 1: "Wah hebat sekali... tapi kamu tidak apa-apa?"

Veteran 2: "Ya.. aku sendiri tidak kena apa-apa.. hanya selepas itu seluruh pasukan tidak boleh makan kerana seluruh peralatan aku rosak".

Veteran 1: "Sebenarnya kamu di bahagian apa nih?"

Veteran 2: "Tukang Masak Tentera...."

Labels:

 
 

Jadi Suparman

Seorang ibu membeli sebiji kueh baulu untuk dua anak lelakinya yang berusia 5 dan 3 tahun. Kedua anak tersebut mula bertengkar untuk makan dulu.. Si ibu melihat inilah masa yang tepat untuk menanamkan nilai-nilai moral kepada anak-anaknya.

"Seandainya Superman ada di sini, dia pasti akan berkata 'Silakan makan dulu, saya makan kemudian saja'" kata si ibu sambil tersenyum.

Kedua anak itu terus berhenti bertengkar. Amin, si abang menoleh ke arah adiknya sambil berkata,

"Aman.. kamu yang jadi Superman ya!"

Labels:

 
 

Kalau sampai ipoh..

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas. "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya."

Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belom?"

Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!"

Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?"

Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!"

Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?"

Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh..

Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu..

Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya..

Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan.

"Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"

Labels:

 
 

Sakit

Ketika waktu rehat, seorang doktor dikejutkan oleh seseorang wanita yang menangis tersedu-sedu sambil berkata

"Saya tidak mau mati lagi, Doktor".

Oleh sebab berasa kasihan, doktor kembali ke pejabatnya dan berkata

"Ada apa? cuba ceritakan masalah awak dengan terperinci!"

Lalu dengan tersedu-sedu pesakit wanita itu berkata,

"Doktor, jika saya menyentuh mana-mana bahagian tubuh saya, saya akan merasa sakit. Lihat ini doktor!"

Kemudian wanita itu menyentuh bahagian dadanya dengan tangannya, lalu menjerit kesakitan, dia menyentuh pula bahagian kepalanya dengan tangannya, kemudian ia menjerit kesakitan lagi, dia terus menjerit kesakitan apabila menyentuh bahagian anggota tubuh yang lain dengan tangannya.

Pesakit itu berkata " Lihat kan Doktor saya benar "

Lalu dengan tersenyum doktor itu berkata,

"Jari tangan awak sebenarnya yang patah"

Labels:

 
 

Tembikai

Jamil berniat membeli buah tembikai di pasar. Dengan jaminan penjual bahawa tembikainya masak dan bewarna merah, Jamil membelinya kemudian dibawa dengan motor. Di tengah jalan, terjadi sesuatu yang tidak diingini sehingga tembikai tersebut jatuh dan pecah dan nampaknya isinya bukan berwarna merah atau dengan kata lain masih muda. Dengan geram Jamil balik ke penjualnya,

Jamil :"Awak cuba menipu saya, awak kata tembikai ini merah tapi nah tengok masih putih lg.".

Dengan tenang si penjual bertanya,"Kenapa sampai pecah begini?"

Jamil:" Jatuh dari motor!!"

Penjual:"Agaknya tembikai ni terkejut dan takut, sebab tu jadi pucat".

Labels:

 
 

Hujan

Malam itu, ada seorang pemuda yang baru pulang dari tempat kerja terpaksa menumpang teduh di suatu rumah yang hanya dihuni oleh seorang ibu dan anak perempuannya karena hujan dengan deras membasahi bumi. Kerana dilihat diluar ada seorang laki-laki, ibu itupun memberanikan diri untuk bertanya kepada pemuda itu.

Ibu : Nak, dari mana ?

Pemuda : Maaf makcik, saya cuma menumpang berteduh di rumah makcik. Setelah hujan berhenti nanti saya akan pulang.

Ibu : Oh begitu.. tiada apa-apa!

Kerana ibu itu yakin pemuda itu orang yang baik, dia pun mempelawa pemuda itu masuk kedalam rumah. Kerana di luar hujan masih lebat dan malam pun sudah semakin larut, Ibu itu memberanikan diri untuk membenarkan pemuda tidur semalam di rumahnya

Mendengar ajakan Ibu itu, dengan malu-malu (tapi mahuu) si pemuda itu pun tidak keberatan untuk sekadar menumpang barang semalam di rumah itu, apalagi Ibu itu punya anak perempuan yang cukup cantik. lagipun kebetulan di rumah itu masih ada satu bilik kosong, Ibu dan anak perempuannya bergegas mengemas bilik kosong itu, sementara si pemuda itu ditinggalkannya di ruang tamu.

Selang beberapa kemudian, Ibu dan anaknya kembali ke ruang tamu untuk menemui pemuda tadi. Betapa terkejutnya mereka kerana pemuda itu sudah tidak ada lagi. Ibu dan anaknya saling berpandangan, rasa takut mula menghantui mereka berdua siapa tahu kalu si pemuda tadi bukan orang tapi jelmaan makhluk ghaib. Hujan yang semakin deras dan kilat yang saling menyambar menambah ketakutan mereka. Sedang mereka dalam ketakutan itu, tiba-tiba mereka berdua dikejutkan pula oleh si pemuda tadi yang tanpa dijemput masuk kembali kedalam rumah dalam keadaan basah kuyup. Tanpa berpikir panjang walaupun masih ada rasa takutnya, Ibu itu pun bertanya kepada si pemuda.

Ibu : Nak, dari mana basah kuyup ni ?

Pemuda : Maaf makcik, saya pulang dulu ke rumah ambil bantal dan selimut!

Ibu : Haa..?? Dah pulang datang balik sini???

Labels:

 
 

Tikus

Kata tikus pertama, "Aku tak pernah takut dengan perangkap tikus. Malahan aku selalu dekati perangkap itu dengan sengaja, dan bila perangkap hendak merangkap aku, dengan senang aku elak. Macam tu lah aku mengisi masa lapang".

Tikus kedua tidak mau kalah. "Kalau aku, racun tikus tu sudah menjadi minuman seharian. Sudah jadi macam air putih aje," katanya tidak mau kalah.

Si tikus ketiga terdiam, kemudian mendadak ia bangun dan melangkah pergi. "Eh, tunggu,engkau nak ke mana?!!" teriak dua tikus lainnya. Sambil menoleh, tikus ketiga berkata, "aku ada temujanji dengan kucing!"

Labels:

 
 

Himpunan Lawak

Seorang ibu bersiar2 ngan anaknya yang
berumur 4 tahun ngan kereta.
Anak: ibu, kenapa ibu bunyikan hon tadi?
Ibu: oh, itu saudara kita..
Kemudian ibunya membunyikan hon apabila
seekor lembu melintas jalan.
Anak: itu pun saudara kita ker?

Seseorg yang baru beli komputer...
pembeli: saya tak tau tentang komputer, la incik.
penjual: awk jangan risau.kalau ada apa2
masalah tekan butang 'HELP' je.
pembeli .k la kalau cam tu.
Esoknya, pembeli datang ngan marah2.
pembeli: awak ni penipu. semalam saya tekan
butang 'HELP', kenapa awak tak datang?

Ali ada masalah tido hingga selalu lewat datang
kerja. Setelah memberitahu kpd bossnya,
bossnya cuba membantu.
Bos: Awak cuba pil tido nie.
Pekerja: Terima kasih, tuan.
Malam itu, Ali dapat tido ngan baik. Beliau
berjaya bangun pada pukul 6 pagi dan sampai
tempat kerja pada waktu yang tepat.
Pekerja: Terima kasih, tuan.Pil nie memang
berkesan.
Boss: Bagus le begitu. Tapi, apasal kamu tak
datang semalam?

Dua orang sahabat baik pergi ke sebuah kedai
makanan segera untuk memesan minuman
ringan.
Setelah pesanan sampai, mereka masing-
masing keluarkan roti sandwich dan mula untuk
makan.
Pemilik kedai yg dari tadi asyik memerhatikan
tingkah laku mereka terus menuju ke arah mereka
dan
seraya berkata,
"Maaf encik, anda tidak dibenarkan memakan
sandwich Anda sendiri di sini!"...
Maka dua org sahabat itu perpandangan,
sesama mengangkat bahu dan mula menukar
sandwich masing-masing...

Azman mencuba makanan di sebuah restoran di
Thailand. Selesai makan... .
azman: that was a good chicken rise.
pelayan: sorry sir. me no english
si pelayan cuba untuk membalas walaupun dia
kurang reti cakap bahasa inggeris.
Kemudian Azman mengepak-ngepakkan
tangannya seperti lengan ayam sambil
menunjukkan ke arah pinggan.
pelayan: ohh! that sir? no, no, no!
Kemudian pelayan mencangkung, melompat dan
mengeluarkan bunyi ong! ong! ong!

Labels: ,

 
 

Memo Kepada Staff

Subject: MEMO KEPADA SEMUA STAFF

Staff Sekalian,

Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2005, syarikat
ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-

a. PENGANGKUTAN.

Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada
kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun
atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji. Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.

b. CUTI TAHUNAN.

Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.

c. WAKTU LUNCH:
1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit.Ini kerana mereka
perlu makan lebih untuk kesihatan.

2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.

3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit
sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk
menguruskan badan.

d. CUTI SAKIT:

Mulai 2005 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.

e. PENGGUNAAN TANDAS:

Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di
dalam tandas. Mulai tahun 2005 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara
automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kemera akan menyala.

Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal
gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.

f. PEMBEDAHAN:

Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda
melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.

g. PENGGUNAAN INTERNET

Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca
e-mail,chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.

Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama
3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3
bulan gaji mereka.

Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan
cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen,
aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh
disalurkan ke tempat lain.

Sekian, terima kasih.

Labels:

 
 

Kura Kura

Pada suatu hari, ada 3 ekor kekura (kura-kura)
nak gi bekelah bersama-sama.
Kekura pertama membawa makanan, Kekura
kedua membawa minuman, sedangkan kekura
ketiga tidak membawa apa-apa pun selamber jek
lenggang perut.

Didalam perjalanan tiba-tiba ujan pun turun
dengan lebat dan derasnya, sehingga mereka tak
boleh meneruskan perjalanan. Kemudian timbul
perbualan di antara mereka.


Kekura I : "ERmmm..... salah sekor dari kita mesti
balik untuk amik payung. Siapa yang nak pegi ni?"

Kekura II dan I saling pandang memandang, dan
sepakat menuding Kekura III.

Kekura III : "Tak nak ahhh. Aku jalan lambat dan
nanti aku nak sampai sini lagilah terlambat. Sure
nkorang akan bedal mengkanan ni semua."

Kekura I & II : "Takk lah. Kita orang tunggu sampai
nko datang."

Kekura III : "Betul??? Kalau aku lambat 1 jam?"

Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "Kalau 3 jam ??"

Kekura I & II "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "Kalau 1 hari ?? "

Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "3 hari ???"

Kekura I & II :"Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "5 hari???? "

Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "1 minggu? "

Kura I & II : ""Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "2 minggu?"

Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu. nko
pegi jek lah"

Dengan berat hati, akhirnya Kekura III pun
berangkat. Kekura I & II menunggu dengan setia.
Sehari, dua hari dan seminggu telah berlalu.
Kekura III tak jugak balik balik.

Setelah dua minggu berlalu, Kekura I & II sudah
tidak dapat menahan lapar.

Kekura I : "Aku dah tak tahan lapar ni . Kita
makan
jek lah "

Kekura II : "Aku pun dah nak pensan ni. Jom ahh
kiter perabih mengkanan ni"

Tiba-tiba Kekura III muncul dari semak-semak dan
berseru "Hoii!!!!!!!! Nasib baik aku belom pegi
lagi... kalau tak sure nkorang abiskan mengkanan
ni kan kan????!!!!!!!!"

Labels:

 
 

Ke hadapan sayangku yang amat ku rindui

Ke hadapan sayangku yang amat ku rindui,

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya di bawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan syahdu di tasik madu.

Kau juga mengajarku erti cinta, babun, singa laut, beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga. Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka. Atau bagai citer Winter Sonata. Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan.


Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Marikh itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak cipan di Burma. Kau pergi jua ketika Seremban sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Sukma 2004. Alangkah tandusnye padang pasir hatiku ini.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada pembakaran utan secara besar-besaran di sempadan Kalimantan. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tidak lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke ‘rubber-set’. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelap gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit tajam bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari ‘mud – guard’ basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri 4x400m bila terserempak dengan atok ku. Akhirnya aku menyedari bahawa ada apa dgn cinta dan diri ini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah ke mana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri?? Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu dari Bkt Lenjan yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 85 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur bersecai. Oh! Terlalu berat dugaan yang kutempuhi.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGuyver, McDonald's, Superman, Otromen Taro atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Power Rangers seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan beras di dapur dan kekurangan kemudahan tandas awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok durian ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka.

Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk tidak menggunakan talian hayat ketiga serta terus menunggu tiang elektrik di hadapan rumahku berbuah. Kalau tiang elektrik ni berbuah nanti, akan ku panggil POSLAJU utk kuposkan buahnya kepadamu. Nak tak?

Sekian, wassalam.

Yang berdukalara,
ZoroMania

Labels:

 
 

Kereta Kancil

Cerita Sebuah Kancil Yang Power
Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelah nya, pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.
Tidak ada sebuah kereta pun berhenti.
Tiba-tiba datanglah sebuah kereta evo7 berhenti di sebelah kancil tadi.

“Ada apa nie pakcik, kereta rosak ke?" tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an.
"Aaa haa rosak" jawap pakcik tu simple aje..
"Ok, cam nie, saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol." mamat nie bagi idea.
"Worrait gak tu, tapi.. nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam"
“Ok pakcik.."
Mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil di depan dan hujungnya di ikat dibelakang bumper evonya. Dia pun jalanlah.. dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit, apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik.. Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7. Apa lagi, jiwa muda pantang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar Ferrari nie.. Lupa la pulak dia dengan kancil orang tua yang di ikat kat belakang kereta dia.
Orang tua tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak. Mamat evo7 tu dah tak sedar dah hangin punya pasal. Kebetulan pihak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.
Vvvvvvrrrrooommmmm.. Vvvvvvrrrrooommmmm..
Berdesup perginya..
“Ini dah lebih speed limit nie..” kata polis nie.
"Cecah 250kmj memasing nie.." Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yang laju nie..
“Over.. over, ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah ferrari, sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaya punye.. Sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!” "

Labels:

 
 

Buah



Klik gambar di atas untuk lebih jelas

Labels:

 
 

Lawak Komputer (Computer Jokes)

Computer Tips
-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-

* Buy a Pentium 686/300, so you can reboot/shutdown faster.
* 2 + 2 = 5 for extremely large values of 2 (especially with the old Pentium chip).
* Computers make very fast, very accurate mistakes.
* My software never has bugs; it just develops random features.
* C:\WINDOWS C:\WINDOWS\GO C:\PC\CRAWL
* C:\DOS C:\DOS\RUN RUN\DOS\RUN
* Definition of an Upgrade: Take old bugs out, put in new ones.
* The name is Baud... James Baud.
* Access denied--nah nah na nah nah!
* C:\ Bad command or file name! Go stand in the corner.
* Bad command. Bad, bad command! Sit! Stay! STAAAY...
* Why doesn't DOS ever say "EXCELLENT command or file name!"
* As a computer, I find your faith in technology amusing.
* Backups? We don't need no stinking backups.
* E Pluribus Modem
* C:\ File not found. Should I fake it? (Y/N)
* A mainframe: the biggest PC peripheral available.
* An error? Impossible! My modem is error correcting.
* CONGRESS.SYS Corrupted: Re-boot Washington D.C (Y/N)?
* A computer's attention span is as long as its power cord.
* 11th commandment - Covet not thy neighbor's Pentium.
* Disinformation is not as good as datinformation.
* Windows: Just another pain in the glass.
* SENILE.COM found . . . Out Of Memory . . .
* RAM disk is *not* an installation procedure.
* All computers wait at the same speed.
* Computer (dfn): A device designed to speed and automate errors.
* Press to continue ...Smash forehead on keyboard to continue... Enter any 11-digit prime number to continue... Just do something!!
* E-mail returned to sender -- insufficient voltage.
* Help! I've modemed and I can't hang up!!
* All wiyht. Rho sritched mg kegtops awound?
* Error: Keyboard not attached. Press F1 to continue.
* "640Kb (memory) ought to be enough for anybody." - Bill Gates, 1981
* DOS Tip #17: Add DEVICE=FNGRCROS.SYS to CONFIG.SYS
* Press any key... no, no, no, NOT THAT ONE!
* Press any key to continue or any other key to quit...
* Excuse me for butting in, but I'm interrupt-driven.
* Sped up my XT; ran it on 220v! Works greO?_~"
* Error reading FAT record: Try the SKINNY one? (Y/N)
* Read my chips: No new upgrades!
* Hit any user to continue.
* 2400 Baud makes you want to get out and push!!
* I hit the CTRL key but I'm still not in control!
* Will the information superhighway have any rest stops?
* Disk Full - Press F1 to belch.
* Backup not found: (A)bort (R)etry (V)omit
* (A)bort, (R)etry, (T)ake down entire network?
* If debugging is the process of removing bugs, then programming must be the process of putting them in.
* Programmer - A red-eyed, mumbling mammal capable of conversing with inanimate objects.
* Real programmers don't document. If it was hard to write, it should be hard to understand."
* Beware of programmers who carry screwdrivers.
* Relax, it's only ONES and ZEROS!
* Will configure ones and zeros for food!

Contributed by: Unknown

Labels:

 
 

Bola

Ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas
kelahiran dia. Sejak itu bapanya jadi amat sangat workaholic sekali dan tak
married2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma tinggal
bersama pengasuh aje.

Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada beskal, dia masih jalan kaki.

Pengasuhnya mengadu kepada bapanya. "Tuan, nggak kasian sama anaknya? Dia
nggak punya sepeda...apa tuan juga nggak malu?"

Lantas...... dipanggillah si anak, ditawarkan beskal yang macam mana dan si
anak cuma bagitau,

"Tak payah susah2 la papa, belikan aje saya bola itam dan bola putih ..."

Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si papa. "Kenapa bola itam dan putih?"

"Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa punya money, belikan itu
aje."

Mengingat si anak tak pernah meminta2, so papanya terima aje. maka
dibelikanlah anaknya itu beskal generasi terbaru saat itu, yang paling
canggih, plus bola itam dan bola putih.

Terus si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda. Sekian lama si
pengasuh perhatikan, ini anak tak minta2 dibelikan sepatu roda sama papanya.
Every petang cuma duduk2 aje. Beskalnya juga ditaruh di stor.

Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya kepada si papa.

Hingga si anak dipanggil lagi. "Nak, kamu tak mau dibelikan kasut roda macam
teman2 kamu? Apsal tak bagitau kat Papa?. No problem setakat beli kasut roda
je...".

Si anak jawab,"Tak perulah papa, bola itam dan bola putih saya dah rosak..
dibelikan lagi je..tak usahla beli kasut roda.

Tambahan lagi lebih murah bola, tak gitu papa?"

Si papa geram . So, tetap si papa belikan kasut roda, plus bola itam dan
bola putih.

Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama terulang.

Sekarang member2nya musim rollerblade. Trend baru....

Sementara petang hari, dia masih setia sama kasut rodanya. Lepas papanya
pulang dari luar negri dan melihatkan anaknya yang pakai kasut roda, si papa
menjadi sangat malu. Gila, rumah macam gedong, syarikat banyak, keluar negri
lagi tu......Tapi anaknya ketinggalan zaman. Besoknya, di bilik anaknya
sudah ada sepasang roller blade baru dengan note: "Biar kamu tak malu".

Malamnya di ruang kerja si bapa ada note balasan: "Papa, Kenapa tak belikan
bola itam dan bola putih? Saya lebih suka itu."

"Hoh,, si bapa pas baca note itu mengeluh serta bingung. Apalah istimewanya
bola itam dan bola putih?

Besoknya dan besoknya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan note itu...hingga
dia tak tahan dan membelikan anaknya bola itam dan bola putih untuk kesekian
kalinya.

Benar, setelah dapat itu bola, si anak tak lagi mendesak papanya lagi.

Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik
dengan bas, member2nya sudah ada yang bawa motor and kereta ke sekolah.
Suatu hari, ketika bapanya di rumah, si anak pulang dihantar oleh membernya
yang dengan motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi sangat
malu. Anaknya tidak 4,3,...2 pun tidak.

Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor. Maka ditawarkan
anaknya. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang praktis,
lagipun si anak suma inginkan bola itam bola putih aja. Si bapa tak terima
penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh berunding. Hingga
tercetus keputusan supaya si anak dibelikan motor plus bola itam dan bola
putih tentunya.

Tetapi si bapak masih kesal. Sudah berapa tahun, dia beberapa kali belikan
dua macam bola itu tanpa tau kenapa. Tapi si anak tak ada keinginan dan
kemahuan untuk bagitau kenapa.

Hingga tibalah masa untuk melanjutkan pelajaran ke University. Kerana senang
dan bangga anaknya masuk University, si anak dihadiahkan kereta Ferrari.

Tetapi, sampai beberapa bulan si anak masih lagi naik motoooor aje.

Sehinggalah aweknya juga bingung, kan dia punya ferrari? kenapa naik motor.
Bila ditanya, maka dijawab, abis papa tak belikan bola itam bola putih. Tak
faham perasaan anak sendiri!

So, pas makan malam bersama, si awek bagitau sama si papa, kenapa pak cik
tak belikan bola itam bola putih?

Si papa sebenarnya sensitif dengan bola2 itu..huh..sampai awek anak aku pun
tanya..bila si bapa menanyakan si awek kenapa soalan tu yang di tanya?. Si
awek pun bagitau, Ferrarinya itu tak akan dipakai selagi tak dikasi bola2
itu.


Si bapa bingung, di bilik anaknya sudah segitu banyak bola itam bola putih.
Nak buat apa, fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di hadapan awek
anakmya itu, maka besoknya sudah ada bola itam bola putih buat anaknya.

Suatu hari anaknya pergi date dengan aweknya ke gunung naik ferrari. Yelah,
anak muda kan, ketika memandu si anak dicium aweknya and dia jadi gelabah
dan terus accident!!! Segera di bawa ke hospital si bapa juga ditelepon oleh
pihak hospital. Cederanya parah. Mereka berdua tak pakai seatbelt, si awek
mati seketika itu jugak dan si anak sudah tenat.

Si bapa datang ke Hospital.."macammana doc, anak saya?"

Dokter (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami tidak dapat
berbuat banyak.. sepertinya memang sudah waktunya... sebaiknya Encik
manfaatkanlah waktu terakhir.."

Perlahan si bapak masuk, mendekati anaknya.

"Papa, maafkan saya..tak hati2 bawa Ferrarinya.." si anak juga nangis kerana
aweknya tak tertolong. Si papa menenangkan dia...akrablah dua manusia itu
beberapa saat. Hingga si bapa beranggapan ini saat terakhir. Dia ingat
kembali keinginannya untuk tahu tentang kenapa si anak selama ini selalu
minta bola itam bola putih.

"Nak, maafkan papa selama ini yang selalu sibuk..kamu jadi kesepian..maafkan
papa, nak. Tak sempat jadi orang tua yang baik."

Anaknya jawab,"tak apa-apa papa, saya faham.. Cuma kecewa kalau papa punya
money lebih, malah belikan yang macam2....saya cuma minta bola itam dan bola
putih aje kan?"

Si papa rasa timing-nya tepat ni, "KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA ITAM BOLA
PUTIH... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU?"

(pembaca juga ingin tahu ya..?)


Si anak jawab dengan terpatah2 dan susah sangat, Habis sudah tenat dan
masanya sudah hampir sampai...

"sebabnya ....saya..saya...saya...."

*hep* Kepalanya rebah dan nafasnya hilang. Si anak sudah meninggal sebelum
sempat bagitau tau bapanya.

Nah, si bapa yang selalu hidup bersama anaknya pun tak tau...apalagi aku
yang cuma bercerita, lagila...tak tau. MACAMMANA NI? Kecewa jugak nih? Isk!
Isk! Isk!..........

Labels:

 
 

Orang Bodoh dan Orang Pandai

Orang bodoh = pakai credit card sampai
maximum, lepas tu takleh bayar (berlagak macam
org banyak duit!)
Orang pandai = pakai credit card tapi orang lain
bayarkan (pakai kad klon la tu!)

Orang bodoh = ada motor tapi gi kerja nak naik
LRT jugak (kes suka 'bergesel'la ni)
Orang pandai = takde motor, takde kereta, takde
LRT tapi ada otak (kes suka numpang kereta or
motor kawan tapi tak reti nak hulur duit minyak!)



Orang bodoh = company dah sediakan nescafe,
milo, biskut bla bla bla tapi gi minum gak kat
cafeteria kena bayar plak tu
Orang pandai = tak minum kat cafeteria tapi
company punya nescafe, milo, biskut bla bla bla
angkut bawak balik !!!!

Orang bodoh = beli suratkhabar sebab nak tengok
nombor ekor je pas tu buang
Orang pandai = orang yg tunggu org bodoh buang
pas tu dia kutip... dapat baca semua sekali wo

Orang bodoh = kentut kuat kat office pas tu
bangga ngan baunya
Orang pandai = kentut senyap sunyi (takde bunyi)
baunya... boleh buat unta sakit perut! dhab pun
koma sekejap! pas tu bermati-matian salahkan
member sebelah guess sapa member sebelah
tu?...sibodoh yg kentut kuat tula!)

Orang bodoh = ada masalah cerita kat orang
pandai
Orang pandai = dengar masalah orang bodoh
pastu cerita kat orang bodoh yang lain, pas tu
membodohkan orang bodoh tu...jadinya orang
bodoh yang pertama tu jadi bodohs (plural)

Ada lagi...scroll down



Orang bodoh = orang yg buang masa baca cerita
ni!
Orang pandai = saper yang forward cerita ni... h
h h...aku la tu...
jadi yang mana satu pilihan bijak?
pandainyeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

LEPAS BACA JANGAN MARAH.....NANTI KENA
JUAL!!!!
****kalau nak jadi org yg pandai, cepat-cepat ler
fwd cerita nih.......heheheheeeee..........

p/s: takkan nak kena sorang2 kan??? Kan??
Kan????

Labels:

 
 

Babai Mak

Suatu petang di sebuah 'supermarket'....Seorang lelaki muda tengah berjalan di bahagian barang-barang dapur apabila dia terperasan seorang perempuan tua yang tengah memandangnya dengan mata yang tak berkelip-kelip. Lelaki muda itu pun terasa pelik..dia terus berjalan ke bahagian buah-buahan tapi dari ekor matanya dia perasan lagi yang perempuan tua tu masih juga memandang dan mengekorinya.

Last-last lelaki tu pun buat dek jer, sebab dia ingat dia yang perasan. Lepas mengambil dua tin sardin dan lima biji epal, lelaki muda tu pun berjalan menuju ke kaunter untuk membayar barang-barangnye tetapi di pertengahan jalan perempuan tua tadi tuh cepat-cepat memintas dan berdiri di depannya. "maafkan mak cik nak!!" kata perempuan itu. "Makcik minta maaf bebanyak kiranya anak tak selesa ngan pandangan mak cik tadi. Mak cik bukannya apa, cuma wajah anak ni serupa macam arwah anak makcik yang meninggal bulan lepas" Mendengarkan kata-kata perempuan tua itu barulah dia paham kenapa perempuan itu asyik aje memandangnya. Timbul rasa kesian dihati lelaki itu.

"Oh, begitu ke ceritanya mak cik? maaflah saya tak tahu. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"tanya lelaki muda itu. "Aaaa.... mak cik ada satu permintaan kecil kalau anak tak keberatan" kata perempuan itu. "... bila mak cik dah nak jalan keluar boleh tak anak lambai dan cakap 'babai...mak!!'? Terubat betul rindu mak cik jika anak dapat tolong sebab arwah anak makcik selalu buat macam tuh pada makcik".

"Oh boleh... takde masalah,"kata lelaki muda tu. Setelah cashier memasukkkan semua barang-barangnya ke dalam plastik, perempuan tua itu pun berjalan keluar dan melambai tangannya ke arah lelaki muda itu. Lelaki muda itu pun melambaikan tangannya kembali dan melaung "Babai, mak!!!!".

Setelah memerhatikan perempuan tua itu hilang dari pandangan dengan hati yang kesian, lelaki itu pun bergerak ke cashier untuk membayar
barang-barangnya. "Jumlah semuanya RM130.70 ye encik," kata cashier supermarket tuh. Terkejut lelaki tu mendengar kata-kata cashier tuh. "Eh, kenapa mahal sangat ni cik, saya beli barang sikit jer macamana plak sampai seratus lebih ni?"tanya lelaki itu. "Habis tuh mak awak kata awak nak bayarkan untuk dia sekali!" kata cashier tuh.

"Haah???????!!!!"....


Moral of the story : Jangan terlalu percaya kat orang yang hangpa tak kenai!!

Ish ish ish.... ader gak org cam nie ek.... takut

Labels:

 
 

Dua Sahabat Karib

Ada dua orang sahabat, mereka ni sangat akrab. Sorang bernama Hanif dan yang sorang tu bernama Tony. Mereka ni penghuni setia rumah tumpangan orang-orang gila.

Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain di kolam renang yang terdapat di rumah tumpangan itu. Tapi mereka berdua ni tak pandai berenang. Si Hanif berehat-rehat di bawah khemah manakala Si Tony tak habis-habis lari keliling kolam renang tu.

Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan Si Tony ni terus melompat kedalam kolam.... apalagi terkapai-kapailah dia meminta tolong. Sahabat yang setia, Si Hanif ni dengan pantas cuba menyelamatkan Si Tony. Fuh, nasib baik tak lemas. Memandangkan yang Si Tony tu dah basah kuyup dan kesejukkan, Si Hanif dengan pantas membalut kawannye tu dengan sehelai tuala lalu cepat-cepat membawanye ke dalam bilik mereka.

Keesokkan harinye Si Hanif telah dikerahkan menemui orang atasan. Kira pegawai ler tu. Apabila melihat wajah Si Hanif beliau mula berkata, " Saya ada dua berita yang perlu saya beritahu awak. Yang pertama ialah berita baik, awak akan dibebaskan kerana awak telah dapat membezakan antara kecemasan atau tidak. Tindakan awak menyelamatkan Si Tony bermakna awak kini mempunyai pemikiran yang waras. Namun saya juga ada berita buruk untuk awak, teman baik awak telah membunuh diri. Pagi tadi saya diberitahu yang dia dijumpai didalam biliknya dengan lehernya tergantung. Dengan muka selamba di Hanif pun menjawab, "Tidak tuan, dia bukan membunuh diri tapi saya yang gantung dia supaya dia cepat kering".

Labels: