<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d44687025217244124\x26blogName\x3dNah...+bacalah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://nahbacalah.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://nahbacalah.blogspot.com/\x26vt\x3d-6913263739474953990', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Nah... bacalah

Koleksi himpunan cerita cerita lawak, pedoman dan pelbagai lagi. sekadar untuk menceriakan hari dan memanjangkan lagi pandangan dan fikiran.

 

Kereta Kancil

Cerita Sebuah Kancil Yang Power
Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelah nya, pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.
Tidak ada sebuah kereta pun berhenti.
Tiba-tiba datanglah sebuah kereta evo7 berhenti di sebelah kancil tadi.

“Ada apa nie pakcik, kereta rosak ke?" tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an.
"Aaa haa rosak" jawap pakcik tu simple aje..
"Ok, cam nie, saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol." mamat nie bagi idea.
"Worrait gak tu, tapi.. nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam"
“Ok pakcik.."
Mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil di depan dan hujungnya di ikat dibelakang bumper evonya. Dia pun jalanlah.. dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit, apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik.. Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7. Apa lagi, jiwa muda pantang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar Ferrari nie.. Lupa la pulak dia dengan kancil orang tua yang di ikat kat belakang kereta dia.
Orang tua tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak. Mamat evo7 tu dah tak sedar dah hangin punya pasal. Kebetulan pihak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.
Vvvvvvrrrrooommmmm.. Vvvvvvrrrrooommmmm..
Berdesup perginya..
“Ini dah lebih speed limit nie..” kata polis nie.
"Cecah 250kmj memasing nie.." Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yang laju nie..
“Over.. over, ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah ferrari, sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaya punye.. Sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!” "

Labels:

 

for this post

Leave a Reply