<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d44687025217244124\x26blogName\x3dNah...+bacalah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://nahbacalah.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://nahbacalah.blogspot.com/\x26vt\x3d-6913263739474953990', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Nah... bacalah

Koleksi himpunan cerita cerita lawak, pedoman dan pelbagai lagi. sekadar untuk menceriakan hari dan memanjangkan lagi pandangan dan fikiran.

 

Suis gigabait berkos rendah

Allied Telesis merupakan syarikat pembekal IP/Ethernet global untuk mengakses dengan selamat serta mempelopori industri penggunaan rangkaian IP Triple Play ke atas infrastruktur tembaga dan gentian akses.

Syarikat tersebut baru-baru ini memperkenalkan AT-9424T. 24 iaitu port terbaru dengan suis Entry-level Layer 3 Gigabait.

Dengan tawaran harga yang rendah, ia menjadikan produk tersebut begitu unggul kepada syarikat-syarikat kecil dan institusi pendidikan.

Selain menjimatkan wang , ia ditampilkan bersama ciri-ciri istimewa yang diperlukan sama ada untuk jangka masa yang pendek atau pertengahan di samping meningkatkan lagi penggunaan suis yang lebih berteknologi tinggi.

AT-9424T menggunakan banyak komponen- komponen yang sama sebagai salah satu suis yang lebih berkuasa dalam siri 9400 .

Kos pembuatannya boleh dikurangkan dengan pengeluarannya yang efisien dalam jumlah yang tinggi

AT-9424T tidak menawarkan tambahan tertentu sama ada unit bekalan kuasa yang berlebihan, slot memori atau satu susunan modul.

Bagaimanapun, ia berfungsi sebagai perisian yang sama dan pengguna alat penyambung seperti siri 9400 serta ciri-ciri utama yang lain.

Sebagai contoh, AT-9424T menghantar keutamaan lalu lintas dan Quality of Service (QoS) dan keupayaan IGMP bagi merakam suara dan video.

Dengan fungsi keselamatan yang maju, AT-9424T menawarkan pembinaan perlindungan melawan serangan Denial of Service (Dos) serta keselamatan yang lemah di setiap port.

Sesetengah organisasi memilih untuk membeli suis yang mempunyai fungsi penuh yang boleh digunakan dalam masa yang lebih lama.

Kajian oleh Allied Telesis menunjukkan bahawa kebanyakannya lebih gemar kepada produk permulaan, kelengkapan yang berharga rendah untuk mengurangkan kos pada jangka masa pendek, kemudian membeli suis fuller-featured apabila perlu.

Dengan kemudahan pembuatannya yang tersendiri, Allied Telesis dapat mencipta darjah kebolehubahan dalam proses-proses pengeluarannya.

Hasilnya adalah suis yang boleh dipercayai yang mempunyai fungsi di tahap yang betul sebagai sasaran pasarannya pada tahap harga yang kompetitif.

Timbalan Pengarah Pemasaran Produk dan Pencapaian APAC di Allied Telesis, Jason Phoon berkata, mereka percaya AT-9424T adalah suis Layer 3 Gigabait kos efektif yang terkini dengan ciri-cirinya di pasaran.

Allied Telesis AT-9424T boleh didapati daripada pengedar Allied Telesis atau penjual pada harga RM7,254.

Untuk maklumat lanjut boleh melayari laman web http:// www.alliedtelesis.sg/membeli/ locator.aspx.

Labels: ,

 

for this post

Leave a Reply