Saman fitnah: Penulis blog Raja Petra dan tiga defendan diperintah bayar RM7 juta kepada Naib Canselor UUM
Saman fitnah: Penulis blog Raja Petra dan tiga defendan diperintah bayar RM7 juta kepada Naib Canselor UUM
![]() |
Raja Petra Kamaruddin |
ALOR STAR 26 Mac – Seorang penulis blog, Raja Petra Raja Kamarudin (gambar) dan tiga defendan hari ini diarah oleh Mahkamah Tinggi di sini membayar ganti rugi saman fitnah se banyak RM7 juta kepada Naib Canselor Univer siti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Dr. Nordin Kardi dan universiti berkenaan.
Keputusan tersebut dibuat oleh mahkamah itu dalam saman berhubung penyiaran artikel berunsur fitnah pada Disember 2006 melibat kan Raja Petra sebagai defendan pertama dan tiga defendan lain iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), ketua pengarang akhbar Suara Keadilan dan editor akhbar Suara Keadilan.
Dalam tuntutan ganti rugi tersebut, Raja Petra, 57, diarahkan membayar RM2 juta kepada plaintif pertama, Dr. Nordin, dan RM2 juta lagi kepada plaintif kedua, UUM, berhubung penyiaran artikel bertajuk Dato Dr. Nordin Kardi Ciplak Karya Saya? Mohon Penjelasan dalam laman webnya, www.malaysia-today.net.
Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Priscilla Gengadaran yang membuat keputusan itu turut menetapkan ketua pengarang akhbar Suara Keadilan dan editor akhbar itu membayar ganti rugi kepada Dr. Nordin dan UUM.
Perintah itu dibuat berikutan penyiaran satu artikel fitnah bertajuk NC UUM Penciplak di muka surat 26 akhbar Suara Keadilan bilangan 098 bertarikh 27 Disember 2006-10 Januari 2007.
Ketua pengarang akhbar Suara Keadilan diperintahkan membayar ganti rugi RM1 juta kepada Dr. Nordin dan RM500,000 kepada UUM manakala editor akhbar berkenaan juga diperintahkan membayar ganti rugi dalam jumlah yang sama kepada Dr. Nordin dan universiti tersebut. PKR ialah penerbit akhbar Suara Keadilan.
- Utusan
Labels: Berita, Politik Malaysia
No Comments for this post
Leave a Reply