<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d44687025217244124\x26blogName\x3dNah...+bacalah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://nahbacalah.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://nahbacalah.blogspot.com/\x26vt\x3d-6913263739474953990', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Nah... bacalah

Koleksi himpunan cerita cerita lawak, pedoman dan pelbagai lagi. sekadar untuk menceriakan hari dan memanjangkan lagi pandangan dan fikiran.

 

NetApp perkukuh pusat data syarikat

Sebuah syarikat yang menerajui pembekal penyelesaian pengurusan data inovatif, NetApp mengumumkan komitmennya menjadi rakan kongsi Program VIP dengan peluang perkhidmatan tambahan sebagai Program Rakan Kongsi Perkhidmatan Profesional Berdaftar.

Program berkenaan menggalakkan rakan kongsi menjual dan memberikan jenama sendiri untuk perkhidmatan diberikan bagi penyelesaian data yang menggunakan amalan baik NetApp, peralatan dan metodologi, latihan intensif dan bantuan sokongan.

Pengarah Urusan Netapp Asean, Suresh Nair berkata, Program Rakan Kongsi Perkhidmatan Profesional Berdaftar memperkukuhkan peranan rakan kongsi sebagai penasihat dipercayai pelanggan dengan menyediakan penyelesaian lengkap bagi menyediakan nilai maksimum bagi pusat data enterpris.

“Program berkenaan direka khusus dengan rakan kongsi tertentu bagi ,” katanya semasa sesi taklimat dengan wartawan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Rakan yang memenuhi keperluan boleh menjalankan aktiviti seperti

lMenjual dan menghantar perkhidmatan profesional dengan penjualan teknologi NetApp.

lMenjadi pakar dalam satu atau lebih bidang penyelesaian NetApp bagi kepakaran pemasaran

lMendapatkan akses bagi latihan hands-on komprehensif dan penyampaian kaedah perkhidmatan dan amalan baik.

lMenawarkan perkhidmatan tambah nilai yang memperkukuhkan hubungan pelanggan dan meningkatkan peluang keuntungan.

Program berkenaan menggalakkan rakan kongsi menawarkan perkhidmatan tambah nilai bukan hanya untuk memperkukuhkan hubungan dengan pelanggan tetapi membantu menaiktaraf pusat data bagi meningkatkan perniagaan.

Rakan kongsi mengawal hubungan dengan pelanggan semasa memberikan perkhidmatan tambah nilai menggunakan produk dan penyelesaian NetApp.

Rakan kongsi yang mahu berjaya dalam status Rakan Perkhidmatan Profesional Berdaftar boleh mengambil bahagian dalam satu atau lebih bidang penyelesaian yang dipilih.

Setiap penyelesaian mempunyai latihan yang tersendiri bagi membantu pasukan teknikalnya berjaya.

Sebagai sebahagian program, rakan kongsi yang mengambil bahagian menerima akses keselamatan ke peralatan perkhidmatan dan metodologi yang digunakan oleh pasukan perkhidmatan profesional NetApp Global Services.

Selain itu, program berkenaan menawarkan akses kepada aplikasi NetApp Automated Storage Provisioning Engine.

Ini boleh mengurangkan beban tugas dan mengurangkan julat kesilapan menyebabkan pelanggan boleh menyiapkan tugas dengan lebih berkualiti dalam masa singkat.

Perkhidmatan NetApp akan mengukuhkan, mengembang dan mengoptimumkan penyelesaian yang ditawarkan.

Akhirnya rakan kongsi komuniti mahu memberikan perkhidmatan kepada pelanggan mereka yang mengembangkan penyelesaian dan pusat data produk.

Tambahan kepada Program Rakan Kongsi Perkhidmatan Profesional Berdaftar NetApp melancarkan produk baru, keupayaan dan perkhidmatan profesional visual bagi membolehkan pelanggan meningkatkan pusat data.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai program berkenaan boleh melayari laman web http://www.netapp.com

Labels: ,

 

for this post

Leave a Reply